
Pada tahun ini, Intec Taekwondo Club (ITC), sekali lagi mengadakan kejohanan taekwondo intec tertutup, buat kali kedua. berikut adalah butiran pertandingan tersebut:
- tarikh : 2-4 april 2010
- tempat : gimnasium intec. (sedikit perubahan dilakukan berikutan sedikit masalah teknikal)
yuran penyertaan sebanyak rm30 akan dikenakan bagi para peserta. bayaran boleh dilakukan pada hari pendaftaran, iaitu pada hari jumaat, 2 april 2010.
kejohanan taekwondo tertutup intec di bahagikan kepada dua kategori iaitu AMATEUR dan PROFESSIONAL. pertandingan bagi kategori amateur akan dijalankan pada hari sabtu, 3 april 2010, manakala professional akan dilangsungkan keesokan harinya, iaitu hari ahad, 4 april 2010.
bagi pasukan yang memerlukan tempat penginapan, anda bolehlah memohon melalui surat yang di alamatkan kepada;
Pn Zuriana binti Mohd Salled,
Kolej Cemara Akasia,
INTEC UiTM,
Seksyen 18,
40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Fax: 0355482463
makanan semasa hari pertandingan boleh ditempah. untuk maklumat lanjut, sila hubungi Norazwa Khairina - 013 7633696
penyertaan anda amatlah dialu-alukan.
p/s: kalau tak mahu sertai pun, datang la sokong ataupun meriahkan majlis. =)

peta lokasi (Intec dan kolej cemara akasia)